e-book Cerita Orang Balik Haji (COBH) akan menjadi kenangan kepada umat Islam yang telah naik haji dan menjadi pedoman kepada bakal haji. Penulis menceritakan perasaan kecewa apabila permohonan kepada Kedutaan Arab Saudi untuk mendapat tajaan naik haji ditolak. Penulis meluahkan perasaan dan tawakkalnya apabila meninggalkan anak istimewa untuk naik haji. Detik-detik cemas kehilangan lanyard Tabung Haji di KLIA dan kehilangan bag semasa Mabit di Mudzalifah dicerita oleh penulis dengan penuh suspen. Penulis juga menceritakan peristiwa di tarik tangan oleh petugas dan dibawa ke saf depan untuk solat semasa berada di Raudhah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar suara hamba-Nya walaupun sekadar lintasan dalam hati. Banyak lagi cerita yang dimuatkan dalam e-book setebal 98 muka surat ini dan paling utama pelbagai tips dan panduan yang mungkin tidak di dapati di tempat lain terkandung di dalam ebook ini. Selamat membaca Insya-Allah banyak manfaat untuk semua.